Minggu exam masih lom abes lagi..Kebanyakan student UPSI masih lagi berjuang di medan peperiksaan n begitu jualah aku nih yg terpaksa menunggu untuk exam last paper 16 Januari nanti..hurmmm..Aku baru lepas exam minor yg akan meninggalkan sedikit titipan pesanan kepada diri ini.. Saat itu baru aku tahu bahawa belajar lebih awal adalah cara yang terbaik daripada membuang masa dengan menonton youtube n melayan fb...Masa yang ada tidak digunakan sebaik2nya...Terasa penyesalan yang amat sangat...Minit-minit akhir aku n kawan-kawan membuat study group n kami hanya fokus kepada soalan yang diberi lecture sebagai latihan..Aku mengharap yg soalan tuh akan sebijik keluar mase exam tt..Saat kaki melangkah masuk ku baca bismillah n duduk di kerusi...Apabila diarahkan membuka soalan, muke aku bagaikan tidak percaya apabila apa yang kami harapkan tidak keluar seperti dijangkakan..Hncur luluh hati ini..Tapi ade juga lah dua tiga soaln yg serupa keluar.. Di sini saya dapat simpulkan bahawa janganlah kita terlalu mengharapkan sesuatu itu kepada manusia tetapi usaha yang berterusan n yakin dengan kebolehan diri sendiri amat penting sekali..Harapan kita itu diserahkan pada Yang Maha Esa n bergantunglah kepadaNya...Jangan mengharapkan bulan jatuh ke riba yang kita pasti yakin bulan itu takkan kita miliki. Justeru jika kita tidak bersungguh2 dalam sesuatu, kita tidak akan dapat apa yang diharapkan itu.. Hurrmm,, k la setakat ini sahaja entry pada kali ini...
Sebelum tuh saya nak ucapkan takziah di atas musibah yang menimpa pengacara TV3 yang amat saya kagumi iaitu saudari Wardina Safiyyah n keluarga di atas kejadian rompakan di rumahnya awal pagi tadi..Semoga beliau tabah dan kuat menghadapi ujian ini. InsyaAllah, Allah akan sentiasa akan bersama hamba2nya yg menerima dugaan ini...Mujurlah beliau sekeluarga selamat dan masih dipanjangkan umur tetapi mereka masih lagi trauma dengan kejadian yg berlaku itu.. Ayatul Kursi dibaca beliau sekeluarga sebagai pendinding n senjata utama mereka dan Alhamdulillah dengan izinNya mereka terselamat daripada musibah itu..Jika kita sentiasa ingat pada Allah percayalah bahawa Allah jua akan mengingat kita tatkala kita sedang dalam kesusahan atau kesulitan...
No comments:
Post a Comment