Friday 13 January 2012

Itulah Cikgu

Nukilan Usman Awang


Jika hari ini ,
Seorang Perdana Menteri berkuasa,

Jika hari ini,
Seorang Raja menaiki takhta,

Jika hari ini,
Seorang Ulama yang mulia,

Jika hari ini ,
Seorang Peguam menang bicara,

Jika hari ini,
Seorang Penulis terkemuka,

Jika hari ini,
Sesiapa sahaja yang menjadi dewasa,

Sejarahnya dimulakan dengan seorang guru biasa,
dengan lembutnya mengajar tulis baca.







Thursday 12 January 2012

Titipan pesanan

Minggu exam masih lom abes lagi..Kebanyakan student UPSI masih lagi berjuang di medan peperiksaan n begitu jualah aku nih yg terpaksa menunggu untuk exam last paper 16 Januari nanti..hurmmm..Aku baru lepas exam minor yg akan meninggalkan sedikit titipan pesanan kepada diri ini.. Saat itu baru aku tahu bahawa belajar lebih awal adalah cara yang terbaik daripada membuang masa dengan menonton youtube n melayan fb...Masa yang ada tidak digunakan sebaik2nya...Terasa penyesalan yang amat sangat...Minit-minit akhir aku n kawan-kawan membuat study group n kami hanya fokus kepada soalan yang diberi lecture sebagai latihan..Aku mengharap yg soalan tuh akan sebijik keluar mase exam tt..Saat kaki melangkah masuk ku baca bismillah n duduk di kerusi...Apabila diarahkan membuka soalan, muke aku bagaikan tidak percaya apabila apa yang kami harapkan tidak keluar seperti dijangkakan..Hncur luluh hati ini..Tapi ade juga lah dua tiga soaln yg serupa keluar.. Di sini saya dapat simpulkan bahawa janganlah kita terlalu mengharapkan sesuatu itu kepada manusia tetapi usaha yang berterusan n yakin dengan kebolehan diri sendiri amat penting sekali..Harapan kita itu diserahkan pada Yang Maha Esa n bergantunglah kepadaNya...Jangan mengharapkan bulan jatuh ke riba yang kita pasti yakin bulan itu takkan kita miliki. Justeru jika kita tidak bersungguh2 dalam sesuatu, kita tidak akan dapat apa yang diharapkan itu.. Hurrmm,, k la setakat ini sahaja entry pada kali ini...

Sebelum tuh saya nak ucapkan takziah di atas musibah yang menimpa pengacara TV3 yang amat saya kagumi iaitu saudari Wardina Safiyyah n keluarga di atas kejadian rompakan di rumahnya awal pagi tadi..Semoga beliau tabah dan kuat menghadapi ujian ini. InsyaAllah, Allah akan sentiasa akan bersama hamba2nya yg menerima dugaan ini...Mujurlah beliau sekeluarga selamat dan masih dipanjangkan umur tetapi mereka masih lagi trauma dengan kejadian yg berlaku itu.. Ayatul Kursi dibaca beliau sekeluarga sebagai  pendinding n senjata utama mereka dan Alhamdulillah dengan izinNya mereka terselamat daripada musibah itu..Jika kita sentiasa ingat pada Allah percayalah bahawa Allah jua akan mengingat kita tatkala kita sedang dalam kesusahan atau kesulitan... 

Saturday 7 January 2012

Karipap oh Karipap

Mata x mengantuk lagi lor..so ape lagi jari -jemari terus mengupdate blog..Ari nih nak cite sikit pasal karipap nih..Bile cuti sem t exam pon da abes terasa nak wat karipap pulok. Karipap nih ade banyak jenis intinya tau.. Ade yang gne kentang n kari, ayam. keledek, sardin n lain22.. Jenis karipap ade pelbagai bentuk..Ade karipap pusing, karipap standard biasa, karipap kecik, karipap besar, karipap -karipap cinta..ha33 gurau jer ..So balik kampong nih da terfikir nak buat karipap inti sardin...Emm sedapnyer.. .Sebenarnya  nak cite sikit nih aku nih bab nak wat isi luar karipap tuh xreti ...Sebab yang selalo wat adunan tepong tuh arwah mak aku. Aku tolong masukkan inti n kelimkan jer...Pernah satu ari tuh aku n akak n adik2 ku teringin nak makan karipap..So kitaowg watla adunan tepung tuh..Buat pnyer buat sampai 2 kampit tepung xjadik...Aku naik pelik ar bin ajaib..Ish pesal xjadik ah....sedih222...Intinyer da siap dibuat cume kne sejukkan jer..Last2 intinyer kitowg makan begitu saje...Huhu..Mase raya lepas aku cube wat kuih siput guna adunan tepung..Mase tuh baru terlintas kat fikiran aku nih rupe-rupenye adunan tepung nak wat karipap ari tuh xjadi sebab aku xletak air..Aku cume masukkan marjerin jer..huhuhu..Patotla xjadik...emmm..So balik kampong t misi aku t nak wat KARIPAP...YEAHHHH...  So sebelom balik kampong sempatla cari kat goole tuh cara nak wat inti karipap sardin n adunan tepong yg penting skali..ha33.....Kat bawah nih adalah hasil yang kudapat daripada cik google ..thanks google ^ ^.

Bahan-bahan inti: (menghasilkan 30-40 biji karipap)
1 tin besar sardin King Cup/ Ayam Brand-asingkan sos tomatonya dengan ikan
2 labu bawang besar dihiris halus
3 ulas bawang putih dicincang
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tomato dalam tin sardin
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk. Tumis bawang besar hingga layu. Masukkan bawang putih dan tumis 1/2 minit. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos dari dalam sardin dan ikan sardin. Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan ketepikan.

Bahan-bahan pastri:
500 gm tepung gandum
80 gm margerin
3 sudu besar minyak masak
1/2 cawan air sejuk yang dicampur sedikit garam

Cara-membuatnya:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk. Buatkan lubang ditengahnya menggunakan senduk.
2. Masukkan margerin dan minyak masak ke dalam periuk/ kuali. Cairkan di atas api. Bila sudah cair, terus tuang ke dalam tepung dan gaul ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Tambahkan sedikit demi sedikit air sambil diuli hingga menjadi doh. Tambahkan air jika doh masih liat kerana kadangkala tepung berlainan jenis mempunyai kekenyalan berbeza.
4. Apabila siap diuli, canaikan doh dan terapkan mengikut saiz kesukaan. Masukkan inti sardin ke dalam mangkuk dan hancurkan ikan bersama kuahnya menggunakan garpu.
5. Masukkan inti secukupnya ke dalam pastri dan klimkan. Proses ini perlu dilakukan berhati-hati kerana jika inti terkeluar, karipap akan pecah ketika digoreng.
6. Buat proses sama hingga habis doh dan inti. Masukkan ke dalam bahagian beku peti ais dan biarkan sekurang-kurangnya 1 jam. Keluarkan dan goreng karipap dalam minyak yang banyak dengan api perlahan.
7. Goreng hingga keperangan dan sedia dihidang.
**** karipap yang dibekukan boleh tahan hingga sebulan jika intinya dimasak dengan betul dan tidak terlalu lembab..
Kat bawah nih name bentuk2 karipap yg ader.Aku maen letk jer namenyer nih sebab bentuknyer begitu:

Karipap bentuk standard biase

Karipap pusing

Karipap kecik n tomey

Karipap bulat besar

Karipap-karipap cinta


Sunday 1 January 2012

AZAM TAHUN BARU 2012

Assalamualaikum sume...selamat pagi..hehehe..Tahun 2011 sudah melabuhkan tirainya dan tahun 2012 sudah menjelma...Pasti ramai yang sudah memikirkan azam tahun baru dan ada jugak yang mau melaksanakan azam tahun lepas yang tidak terlaksana... Harapan aku tahun baru nih harap-harap ada perubahan yang berlaku dalam diri  nih...Tahun 2011 mungkin akan memberi 1001 kenangan dalam kehidupan aku  sebagai mahasiswa, sahabat,anak, dan kakak kepada adik-adik aku..Tahun ni nak buka lembaran baru dan tutup lembaran lama. Tak mau da sedih-sedih dan semoga keceriaan dan kebahagian akan menanti pada tahun 2012.. Tahun lepas pelbagai peristiwa sedih yang berlaku dan antara yang paling memberi kesan adalah kehilangan arwah ibu tersayang pada 13 Mei 2011 jam 8.10 pagi di Hospital Tanjong Karang....Time tuh baru je abes exam n syukur aku dapat jaga arwah mak aku lebih kurang seminggu lebih...tapi Tuhan yang lebih menyayangi mak aku.....Tahun lepas juga aku terpaksa pulang banyak kali ke kampung sebab nak jengok adik-adik aku...Bila tiada emak di sisi terasa lain benar..sunyi je umah dah tiap-tiap kali balik pasti teringat arwah mak aku..K la tak mau sedih22 ye kawan-kawan...Azam tahun baru mau sentiasa ceria, bersangka baik dan nak memajukan diri sendiri.....tu je la tuk entry ari nih..k ..^ ^,,senyum seindah suria